Surprise Me!

[WAWANCARA KHAS] KDNK BUKAN SEGALANYA, T20 BUKAN SEKADAR GAJI

2026-05-18 1,298 Dailymotion

Dalam dunia ekonomi yang sering diukur melalui angka pertumbuhan dan statistik pelaburan, realiti kehidupan rakyat menurut MENTERI EKONOMI, AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR tidak lagi boleh dinilai berdasarkan pendapatan semata-mata. Beliau mengakui definisi T20 semakin kompleks apabila kos hidup, lokaliti dan tanggungan keluarga memberi kesan berbeza terhadap kemampuan sebenar rakyat terutama di bandar besar.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut menegaskan bahawa kerajaan kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar yang lebih bersifat realistik dan tersasar berbanding mengejar legasi politik atau angka pertumbuhan semata-mata.

Ikuti wawancara khas beliau bersama PENULIS KHAS, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN pada 18 Mei 2026 (Isnin) jam 6 petang di seluruh platform digital Sinar Harian.

#SinarHarian #SuaraRakyat #Interviu #AkmalNasir #KementerianEkonomi #PKR #PH #KerajaanMadani #BersamaMalaysia #politik